Wednesday, January 12, 2011

Al-Hasanah Fi Sillaturrahim

HADIS-HADIS SILATURRAHIM DIDALAM KITAB al-ADAB SAHIH AL-BUKHARI YANG BERKAITAN DENGAN TIGA PERKARA YANG MEMBOLEHKAN SESEORANG MENDAPAT KEMANISAN IMAN. 



Silaturrahim juga tergolong daripada tiga perkara yang membolehkan seseorang mendapat kemanisan iman.



1. Membuka kunci kemurahan rezeki.



2. Mendapat pahala dari Allah s.w.t.



3. Dan kesan dari menjalinkan Silaturrahim ialah mendapat rahmat dari Allah s.w.t.






Sebagaimana hadis di bawah ini:




إبراهيم بن المنذر حدثنا محمد بن معن قال: حدَّثني أبي عن سعيد بن أبي سعيدٍ ( عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعتُ رسول الله (ص) يقول: من سَرَّهُ أن يُبسط له في رزقه، وأن ينسأ له في أثر فليصل رحمه ).


Terjemahan: 



“Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Menjalinkan hubungan Silaturrahim boleh membuka

kunci kemurahan rezeki, mendapat pahala, dan kesannya mendapat rahmat dari Allah S.W.T ”




Dan sebagaimana hadis di bawah ini :


عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي (ص) قال: ثلاث من كنَّ وجد حلاوة الإيمان أن يكون الله ورسوله أحبَّ إليه ممَّا سواهما وأن يحبَّ المرءَ لا يحبُّهُ إلا للهِ تعالى، وأن يكره أن يعودَ في الكفرِ كما يكرهُ أن يُقْذَفَ في النَّار.


Terjemahan: 



“ Dan hendaklah ia kasih akan seseorang daripada anak adam kerana Allah S.W.T semata-mata, iaitu kasihnya kepada saudaranya itu disebabkan diapun hamba Allah S.W.T dan seorang makhluk yang sama kejadian, yang sama pula keturunan dan bukan kerana ianya orang kaya, orang bangsawan, orang yang berpangkat atau orang yang terhormat ”





REZEKI DIPERBANYAKKAN DAN UMUR DIPANJANGKAN.



Menghubungkan tali Silaturrahim dengan baik, rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan.




Sebagaimana hadis di bawah ini:




حدثنا يحيى بن بكير: حدثنا الليث، عن عقيل، عن ابن شهاب قال: أخبرني أنس بن مالك: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ﴿﴿ من أحب أن يبسط له في رزقه، وينسأ له في أثره، فليصل رحمه ﴾﴾.



عن ابي هريرة انّه قال سمعت رسول الله صلعم يقول من سرّه ان يبسط له في رزقه وان ينسأله في اثره فليصل رحمه



Terjemahan:


Dari Abu Hurairah r.a., katanya:



Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali Silaturrahim ”





AKAN MENDAPAT GANJARAN DARI ALLAH s.w.t (PAHALA) BAGI TIAP-TIAP AMAL MA’RUF.



عن جابر بن عبدالله رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: كلُّ معروفٍ صدقةٌ


Terjemahan:


“ Daripada Jabir bin ‘Abdullah r.a., daripada Junjungan Nabi s.a.w. ia bersabda: Tiap-tiap ma’ruf (kebaikan); iaitu diberikan pahala kerananya sebagai pahala bersedekah ”.



Keterangan:


Adapun yang dikatakan ma’ruf atau kebaikan itu ialah tiap-tiap perbuatan yang diketahui baiknya atau eloknya di sisi pandangan syara’ dan fikiran, ataupun tiap-tiap yang terkenal di sisi syara’ bahawa perbuatan itu termasuk ke dalam lingkungan perbuatan-perbuatan baik.




ANTARA BALASAN YANG DIJANJIKAN JIKA SESEORANG MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM.




Sebagaimana hadis di bawah ini:



حدثنا يحيى بن بكير حدثنا الليث عن عُقيل عن ابن شهابٍ أن محمد بن جُبير بن مُطعم قال: ( إن جُبيرَ بن مطعم أخبرهُ أنه سمعَ النبيَّ (ص) يقول: لا يدخل الجنة قاطع ).



Terjemahan: 



“ Berdosa jika memutuskan Silaturrahim dan tidak masuk syurga jika seseorang memutuskannya ”.







BERDOSA ORANG YANG MEMUTUSKAN PERSAUDARAAN, KASIH SAYANG ORANG TUA DAN PERIHAL SAYANG MENYANYANGI.






عن جبير بن مطعم انه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لا يدخل الجنة قاطع



Terjemahan: 



“ Dari Jabir bin Muth’im bahawasanya ia mendengar Rasulullah bersabda: “Orang yang memutuskan ( persaudaraan ) tidak masuk syurga ”.



عن الأعمش ورفعه الحسن وفطر عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: ليس الواصل بالمكافئ ولكن الواصل الذى اذا قطعت رحمه وصلها



Terjemahan:


“ Dari A’masy dari dimarfu’kan oleh Hasan dan Fithri dari Nabi s.a.w. bersabda: “orang yang menyambung ( persaudaraan ) bukan orang yang membaklas, tetapi orang yang menyambung ( persaudaraan ) adalah orang yang apabila persaudaraannya putus maka ia menyambungnya ”.

MENGENAI PENDAMAIAN DI ANTARA MANUSIA.







وقول الله تعالى: لا خير في كثير من نجواهم الا من امر بصدقة او معروف واصلاح بين الناس ومن يفعل ذ′لك ابتغاء مرضاة الله فسوف نوءتيه اجرا عظيماً.


Allah Ta’ala berfirman:


“ Tidak ada kebaikan bagi kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan- bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah s.w.t, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.



Sebagaimana hadis di bawah ini: 



عن معتمر قال سمعت ابى انّ انسًا رضى الله عنه قال قيل للنبى صلى الله عليه وسلم: لو اتيت عبد الله بن ابىٍّ فانطلق اليه النبى صلى الله عليه وسلم وركب حمارًافا نطالق المسلمون يمشون معدوهى ارض سبخة فلما اتاه النبى صلى الله عليه وسلم فقال اليك عنّى والله لقد اذانى نتن حمارك فقال رجل من الأنصار منهم والله لحمار رسول الله صلى الله عليه وسلم اطيب ريحامنك. فغضب لعبد الله رجل من قومه فشتمه فغضب لكل واحد منهما اصحابه فكان بينهما ضرب بالجريد والأيدى والنّعال فبلغنا انّها انزلت وان طائفتان من المؤمنين اقتتلوا فاصلحوا بينهما.


Terjemahan:


Dari Mu’tamir dia berkata: “Aku mendengar ayahku pernah mengatakan:” Sesungguhnya Anas r.a. mengatakan: “dikatakan kepada nabi s.a.w.” Sekiranya anda mahu menemui Abdullah bin Ubai”. Maka nabi s.a.w. pun berangkat menemuinya dengan mengendarai seekor keldai diikuti oleh beberapa orang sahabat yang cukup berjalan kaki bersamanya. Ketika nabi s.a.w. menemuinya, Abdullah bin Ubai berkata: “demi Allah. Sesungguhnya bau keldai anda itu benar-benar menyakitiku”. Mendengar ucapan itu, salah seorang sahabat dari kaum Anshar segara bangkit dan berkata: “Dema Allah. Sesungguhnya bau keldai Rasulullah s.a.w. itu lebih harum ketimbang baumu”. Lelaki dari Anshar tersebut memang sangat marah kepada Abdullah bin Ubai. Sejenak keduanya terlibat dalam perang mulut dan saling mencaci maki. Rupanya pertengkaran mulut yang kemudian mengakibatkan terjadi aksi pemukulan dengan benda-benda keras, akhirnya melibatkan beberapa orang teman dari pihak masing-masing. Akibat peristiwa itulah maka turunlah firman Allah: “Apabila ada dua golongan dari orang-orang yang beriman saling bertengkar, maka damaikanlah antara keduanya”


No comments:

Post a Comment